Cubaan rampas Perak hanya strategi PH: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika berucap di hadapan penyokong BN pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Sabtu. - Foto Bernama

BAGAN DATUK - Percubaan Pakatan Harapan (PH) mahu merampas Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah strategi parti berkenaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jenteranya juga fokus kepada beberapa negeri dalam usaha menawan beberapa kerusi yang pernah kecundang dahulu.

Iklan
Iklan

"Sebagai sebuah negeri dipegang BN, kita bukan hanya mempertahankan yang kita menangi tapi mahu memenangi kerusi-kerusi pernah kecundang dahulu.

"Itu hak mereka jika ada mana-mana parti cuba untuk merampas Perak. Tetapi kita sebagai parti yang memerintah negeri ini, kita akan tetap mempertahankan dan cuba menggamit kerusi lain yang belum dimenangi," katanya ketika menjawab pertanyaan media di kediamannya di Rungkup, pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada PRU15 kali ini, BN meletakkan seramai 178 calon di seluruh negara kecuali Sarawak manakala 12 calon di Sabah.

"Ini akan ambil kira dengan UMNO meletakan 120 calon manakala selebihnya kita beri peluang kepada calon MCA, MIC, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dua calon 'right candidate'," katanya.

Iklan

Ujar penyandang Parlimen Bagan Datuk itu, keputusan BN meletakkan muka baharu dan berpengalaman terutama di Perlis, Perak dan Pahang bagi mewujudkan kesinambungan untuk terus bergerak membentuk sebuah kerajaan.

Katanya, ia bukan satu kejutan sebaliknya perkara biasa bagi meningkatkan citarasa pengundi baru di sesebuah kawasan yang memerlukan perkhidmatan masing-masing.