Calon Bebas mahu bela nasib kaum Cina

Iklan
Saing Yew (kiri) menunjukkan lambang kunci yang akan digunakan pada PRU15 ketika ditemui di Wisma Belia pada Sabtu.

KUANTAN - Kecewa dengan tindakan pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah yang dikatakan tidak peduli terhadap pengundi Cina mendorong seorang ahli perniagaan dari Gebeng mempertaruhkan dirinya sebagai calon Bebas sekali gus bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Joseph Tang Saing Yew, 45, berkata, keputusan bertanding diambil dengan niat untuk membela nasib kaum Cina dalam menyelesaikan masalah pengundi di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada pencalonan dari kaum Cina di Beserah menguatkan lagi hasratnya untuk bertanding di kawasan terbabit.

"Saya cuba nasib kerana saya mahu jaga kawasan penduduk Cina, sebab dari dulu saya tidak pernah nampak YB (wakil rakyat) atau calon lain datang di kawasan penduduk Cina. Jadi, saya rasa saya ada peluang untuk jaga pengundi Cina," katanya ketika ditemui selepas pengumuman pengesahan calon bertanding di kerusi DUN Beserah di Wisma Belia di sini pada Sabtu.

Iklan

Kerusi DUN Beserah menjadi tumpuan pada PRU15 apabila menyaksikan pertembungan lima penjuru selepas Siang Yew menghantar borang pencalonan.

Beliau yang menggunakan logo kunci sebagai lambang parti akan berentap dengan Zulkifli Mohamed daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Fauzi Taib (Pejuang) dan Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN) serta Andansura Rabu mewakili Perikatan Nasional (PN).

Iklan

Saing Yew menjelaskan ini adalah percubaan pertamanya menyertai bidang politik dan ia luar dari bidang sebagai seorang ahli perniagaan.

Beliau sebelum ini sudah banyak mendekati pengundi sejak lama dengan pelbagai program yang dianjurkan seperti pendidikan.

"Kali ini saya akan berkongsi kisah saya sendiri di kawasan ini. Pengundi di Air Putih, Alor Akar sudah kenal saya dan banyak kerja sudah dilakukan di kawasan itu," ujarnya.