Percaya jentera parti mampu bantu kemenangan di Gerik

Iklan
Asyraf Wajdi

GERIK - Calon Parlimen Gerik, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki percaya kekuatan jentera parti dalaman dapat membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, ini kerana beliau tidak membawa jentera parti dari luar untuk berkempen.

Iklan
Iklan

"Saya datang tiga hari sebelum penamaan calon setelah diumumkan sebagai calon.

"Saya tidak pernah dimaklumkan oleh kepimpinan sebelum ini sebab itulah masa yang suntuk itu saya gunakan untuk bertemu seramai mungkin jentera dan semalam kemuncak bertemu jentera di peringkat," katanya pada sidang media selepas penamaan calon PRU15 di sini pada Sabtu.

Iklan

Asyraf Wajdi berkata, beliau melihat jentera parti amat kuat dan memiliki motivasi sangat tinggi untuk menghadapi komitmen PRU15.

Justeru, beliau akan menunaikan amanah yang diberikan apabila dipilih bertanding di Parlimen Gerik.

Iklan

"Saya tak pernah ketepikan amanah diberi oleh mereka yang memberi mandat kepada saya apatah lagi Gerik adalah satu Parlimen yang mempunyai potensi besar dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber," katanya.

Pada PRU15, Asyraf Wajdi akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Tarmizi Mohd Jam dan calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob.

Sementara itu, Fathul Huzir berkata, beliau akan memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan dan beberapa masalah yang belum selesai seperti masalah tanah yang dihadapi rakyat.

"Selain itu, masalah peluang pekerjaan yang dihadapi generasi muda yang perlu ditangani dalam perjuangan saya," katanya.

Fathul Huzir