PN Melaka siapkan jentera hadapi PRU15

Iklan
Mohd Yadzil (duduk, tengah) pada sidang media di Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya di MITC, Ayer Keroh.

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka tekad mempersiapkan jentera Perikatan Nasional (PN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun terpalit dengan isu ahli keluar parti.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, ia adalah perkara biasa setiap kali pilihan raya yang disifatkan barisannya dalam suasana peperangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu tersebut juga tidak akan menggugat perjalanan jentera di setiap Parlimen di negeri ini.

"Selain daripada kehendak peribadi, itu adalah satu perkara biasa dalam peperangan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya di MITC, Ayer Keroh di sini pada Sabtu.

Mohd Yadzil yang juga Pengerusi PN Melaka berkata, tiada istilah terkubur dan jentera parti itu terus bergerak biarpun pemimpin keluar silih berganti.

Iklan

"Siapa nak teruskan perjuangan silakan, siapa tak mampu ikut arus yang ditetapkan kami tidak menghalang," katanya lagi.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban turut menolak wujudnya unsur sabotaj apabila bendera parti itu didakwa agak suram dipasang sekitar negeri ini berbanding bendera parti lain.

"Tidak ada sabotaj persiapan dah ada, tengoklah nanti akan lebih meriah dari apa yang dilihat," ujarnya lagi.