Bakal bersalin, berat Syatilla naik 20 kilogram

Iklan
Pelakon, Syatilla Melvin

PELAKON, Syatilla Melvin, 27, yang kini sedang sarat hamil anak kedua memberitahu di Instagram berat badannya naik 20 kilogram.

Kata Syatilla, dia mendapat tahu hal itu selepas membuat pemeriksaan kesihatan kandungannya.

Iklan
Iklan

"Tadi buat pemeriksaan perut, berat aku sudah naik 73 KG daripada 53 KG.

"Hebat tak laki bagi makan sampai naik 20 KG," coretnya di IG.

Iklan

Dalam perkongsian berlainan, isteri kepada aktor popular itu turut meluahkan kegembiraan yang bakal menimang anak kedua bulan ini.

"Ya ALLAH bulan ini insya-ALLAH anak kami dua orang dah.

Iklan

"Agaknya kalau 10 tahun lepas menikah, anak mesti dah ramai.

"Doakan semoga saya beranak semudah bersin hari-hari," ujarnya.

Di ruang komen, rata-rata menitipkan doa agar isteri Shaheizy selamat bersalin.

Pasangan artis itu selamat berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.