KOTA BHARU - Keahlian dan jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Mohd Zulkifli Zakaria yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gugur secara automatik.
Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor yang memaklumkan keputusan Mohd Zulkifli itu adalah tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan pimpinan parti.
"Nak buat macam mana... dia pun dah bertanding atas tiket Bebas. Jadi saya pun dah maklumkan kepada pucuk pimpinan tertinggi mengenai keputusannya itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Zulkifli tampil membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok.
Mohd Zulkifli akan bertanding dengan empat calon lain iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman (Pas), Nor Azmiza Mamat (PH-PKR), Kamarul Azam Osman (GTA-Putra) dan Datuk Mohd Zain Yasim (BN-UMNO). - Bernama