RANTAU PANJANG - Tiga kampung di sini dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Golok pada Sabtu.
Antara kampung terlibat ialah Tersang, Tok Deh dan Padang Licin.
Iklan
Iklan
Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, paras air Sungai Golok sudah mencecah 8.10 meter dan berada di paras waspada.
"Sekarang ini penduduk sedang bersiap sedia untuk berpindah jika ia melebihi paras 9 meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Anggota APM memeriksa laluan masuk ke Kampung Tok Deh di Rantau Panjang yang telah dinaiki air ekoran limpahan Sungai Golok. - Foto Ihsan APM
Menurut beliau, limpahan air tersebut datang dari Sungai Weng, Thailand dan masuk ke Sungai Golok.
"Di sana hujan lebat manakala cuaca di sini mendung.
Iklan
"Jika air Sungai Golok mencecah 10 meter ia akan melimpahi bandar Rantau Panjang bila-bila masa sahaja," katanya.