Piala Malaysia: Sabah selangkah ke separuh akhir

Iklan
Antara aksi Kuching City menentang Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

SABAH FC kini selangkah untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC (KCFC), 1-0 pada aksi suku akhir pertama sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, tuan rumah dilihat terlebih dahulu menguji gawang gol pelawat menerusi percubaan Alif Hassan, namun berjaya diselamatkan Damien Lim.

Iklan
Iklan

Skuad Sabah kendalian Datuk Ong Kim Swee kemudiannya berjaya mendapat peluang untuk membuka tirai jaringan namun sepakan Taiki Kagayama berjaya diselamatkan Shaiful Wazizi Mohammad, pada minit ke-11.

Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan tetapi tiada jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama.

Iklan

Memasuki babak kedua, Kuching City FC cuba menggandakan asakan, bagaimanapun kekentalan barisan pertahanan Sabah nyata mengecewakan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Gol yang dinantikan-nantikan Sabah akhirnya tiba menerusi pemain tengahnya, Baddrol Bakhtiar walaupun penjaga gol Kuching City FC berjaya menyelamatkan percubaan awal Farhan Roslan sebelum itu.

Iklan

Tersentak dengan gol tersebut, Kuching City FC bangkit memperkemaskan corak permainan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga wisel penamat masa penuh dibunyikan.

Kedua-dua pasukan tersebut akan bertemu sekali lagi pada perlawanan timbal balik kedua yang akan di Stadium Likas, Jumaat ini.