KUALA SELANGOR - Biarpun dianggap pendatang baharu di pentas politik, calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah pun mengenal pasti permasalahan pengundi kawasan itu.
Malah, Menteri Kewangan itu bertekad menangani pelbagai isu dan permasalahan penduduk yang memerlukan perhatian sekiranya mendapat mandat sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Katanya, sebelum dicalonkan bertanding untuk kawasan itu, beliau telah meninjau, menyelami serta mengenal pasti banyak isu dan permasalahan penduduk semasa sesi turun padang bertemu penduduk di kawasan itu sejak dua bulan lalu.
Tengku Zafrul berkata, isu-isu tempatan tersebut meliputi infrastruktur, pengangkutan awam, kebajikan, kemasyarakatan dan peningkatan mutu kehidupan, peluang pekerjaan dan perniagaan serta pendidikan dan peningkatan kemahiran.
"Saya telah mendengar, hayati dan akan menyelesaikan lebih 50 isu tempatan di sini. Apa yang penting sekarang adalah menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat di sini,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama selepas program tinjauan mesra di sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebooknya, Tengku Zafrul, berkata, beliau berjanji akan menyalurkan 100 peratus peruntukan Ahli Parlimen untuk kegunaan penduduk Kuala Selangor serta akan menerbitkan laporan prestasi dan kewangan tahunan untuk semakan semua.
"Penduduk Kuala Selangor juga bakal mendapat manfaat melalui penubuhan Pusat Khidmat Parlimen di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Selangor yang akan beroperasi enam hari seminggu,” katanya yang akan menggunakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan untuk membantu penduduk Kuala Selangor.
Pada PRU15, Tengku Zafrul dicabar penyandang kerusi tersebut iaitu bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan(PH), Mohd Shaid Rosli (Pejuang) dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar.- Bernama