Exco, wakil rakyat Melaka jangan abai tugas hakiki

Iklan
Sulaiman (kiri) dan Mohd Ridhwan (tiga dari kiri) ketika lawatan ke tapak pembangunan masjid baharu Masjid Tambak Paya di Ayer Molek di sini, pada Ahad.

MELAKA - Barisan exco kerajaan negeri dan wakil rakyat Melaka digesa mengutamakan tugas hakiki meskipun tiada halangan untuk mereka turun berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Melaka yang diterajui kerajaan BN perlu menggalas tanggungjawab menerusi portfolio yang diamanahkan demi kebajikan dan keperluan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, yakin kelonggaran itu tidak akan disalah guna oleh pihak berkenaan dan mereka akan menjalankan tugas seperti biasa termasuk menghadiri majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) setiap minggu.

"Saya yakin exco-exco saya akan buat kerja seperti biasa, turun ke padang... turun di lapangan itu tugas biasa sama ada exco ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu perkara biasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke tapak pembangunan masjid baharu Masjid Tambak Paya di Ayer Molek di sini, pada Ahad.

Hadir sama calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Iklan

Ditanya sama ada exco perlu mengambil cuti bagi membantu calon pilihan raya, beliau berkata isu cuti tidak timbul kerana pemilihan membabitkan enam kerusi parlimen sahaja.

"Kita ada budi bicara, tapi saya nak cakap sikit, hakiki tugas kita berjalan, itu diberikan keutamaan, membantu parti, kalau ada lapang bantulah," ujarnya lagi.