Padah Giroud terlupa kad kuning

Iklan
Giroud (kanan) dilayangkan kad merah setelah menerima dua kad kuning. -Foto: Agensi.

GARA-GARA terlupa dikenakan kad kuning, penyerang AC Milan, Olivier Giroud terima padah apabila dia diperintahkan keluar padang.

Penyerang itu terlupa mengenai kad kuning yang sudah dilayangkan padanya ketika dia membuka baju untuk meraikan gol di hujung perlawanan ketika mereka bertungkus-lumus menumpaskan Spezia 2-1.

Iklan
Iklan

Akibat tindakannya itu pemain berusia 36 tahun itu dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.

"Gembira kerana dapat menghadiahkan kemenangan kepada pasukan menyebabkan perkara ini berlaku, selepas aksi sukar.

Iklan

"Di dalam fikiran saya masih kanak-kanak tetapi saya mempunyai kepercayaan besar terhadap pasukan saya,” kata Giroud.

Milan membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Theo Hernandez sebelum Giroud mengesahkan kemenangan pasukannya hasil gol kedua pada penghujung babak kedua.

Iklan

Dalam pada itu, Pengurus Milan, Stefano Pioli berkata, dia faham Giroud hilang kawalan selepas menjaringkan gol yang membawa kepada kemenangan.

"Hakikat bahawa kami sangat percaya pada (kemenangan) membuatkan kami sangat gembira dan anda hilang kawalan, ini bermakna dia tidak akan bermain pada perlawanan Rabu ini,” ujar Pioli.

Milan, yang mengekori pendahulu Napoli dengan enam mata, bertandang ke Cremonese iaitu pasukan kedua terbawah pada Rabu.