Lelaki maut, isteri, dua anak cedera

Iklan
Kenderaan yang remuk akibat kemalangan di jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Sabtu.

MACHANG - Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya mengalami kecederaan dalam kemalangan di jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 7.48 malam itu turut menyaksikan tiga lagi mangsa turut sama mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan tersebut.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, mangsa maut, Muhammad Raimi Rajami, 35, bersama isteri serta dua anaknya berusia dua hingga enam tahun dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

"Muhammad Raimi meninggal di tempat kejadian manakala isteri dan anak-anaknya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori dari arah yang sama

Akibat dari itu katanya, Perodua Axia tersebut telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar secara depan-depan dengan sebuah lagi kereta jenis Subaru yang dipandu Muhammad Raimi.

Iklan

Ujarnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk menerima rawatan awal.

Mohd Zahir berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian.