Anwar salahkan Mahathir PH gagal

Iklan
Anwar

BAYAN LEPAS - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kegagalan PH mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Anwar yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, tiada perubahan yang dibawakan oleh Mahathir ketika pemerintahan PH selama 22 bulan menyebabkan rakyat mula muak dengan janji yang ditabur.

Iklan
Iklan

"Semasa PH memerintah dahulu, siapa ketua? Siapa Perdana Menteri kalau bukan Tun Mahathir. Tanpa pentadbiran dan pemerintahan yang baik, negara tidak boleh bangkit.

"Rakyat susah, harga barang naik. Selepas itu, ganti pula dengan Muhyiddin, lagi teruk. Rakyat nak makan pun tak cukup. Malah pada zaman beliau, kita pemegang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama. Dah tu, ganti dengan Ismail Sabri, dia pi tambah bilangan menteri pula.

Iklan

"Mereka ini sebenarnya gagal ketika negara menjalani PKP. Bagaimanapun, bila mereka tidak boleh jawab (kenapa gagal), mereka bawa isu lain pula, tuduh Anwar, tuduh DAP, PH," katanya ketika hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Belah, Sungai Batu di sini pada Ahad.

Anwar menyampaikan ucapan ketika Program Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan MPKK Bukit Belah, Sungai Batu pada Ahad.

Iklan

Tambah Anwar, negara perlu bangkit semula dengan meyakinkan pelabur luar untuk kembali melabur, sekali gus membaik pulih keadaan ekonomi Malaysia.

"Saya akan bawa Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi dunia. Saya yakin kita boleh bangkitkan ekonomi rakyat. Pemerintahan kerajaan yang baik, tidak curi duit akan membawa ekonomi negara kembali pulih.

"Pilihan raya bukan untuk tukar parti sebenarnya tetapi niat besar kita adalah menyelamatkan Malaysia dan anak-anak kita. Cina, India, Kadazan, Melayu dan sebagainya, semua 'part of our family'," katanya.

Pada pilihan raya umum yang lalu, PH yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meraih 113 kerusi diikuti BN dengan 79 kerusi.

Namun, pada Februari 2020, PH tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat susulan keputusan Bersatu dan 11 ahli Parlimen PKR untuk keluar gagasan itu.