Ustaz Kazim akui sembuh dari penyakit kulit

Iklan
Mohd Kazim. Laporan Sinar Harian Ogos lalu.

IPOH - Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui keadaan kesihatannya semakin baik selepas menjalani rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi.

Menurutnya, penyakit kulit yang dihadapi sebelum ini telah pulih susulan rawatan selama empat hari yang dibuat pada awal September lalu.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, keadaan kesihatannya itu dapat dilihat sendiri oleh orang ramai apabila dia tidak perlu lagi menutup muka seperti sebelum ini.

"Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya jumpa orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah, Manjoi pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, tindakan itu diambil atas nasihat doktor memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

Beliau turut mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada England, India dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya.

Iklan

Sebelum ini, Ustaz Kazim muncul dengan menutup sebahagian besar mukanya ketika menghadiri beberapa majlis ilmu bagi mengelak wajahnya daripada terkena cahaya matahari.

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut memaafkan orang mana-mana individu yang mencercanya mengaitkan keadaan kesihatannya dengan pengumuman sebagai calon.

"Cercaan dan makian tak menjejaskan saya dan saya tak simpan dalam hati. Saya dah faham. Cuma saya harap jangan cerca sangat, gunalah bahasa baik," katanya.