Ahli UMNO tanding tiket PN, demokrasi tidak sihat

Iklan
Johari (tiga dari kiri) bersama penduduk di Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati, Kampung Pandan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Tindakan tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disifatkan demokrasi tidak sihat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sikap tidak berpendirian ahli UMNO itu secara tak langsung mencerminkan keperibadian mereka.

Iklan
Iklan

"Jika kita masih ada beberapa faktor yang tak sesuai dengan jiwa, kita perlu selami sedalam-dalamnya, jangan kita tak jadi calon baru nak betulkan. Lepas itu lompat sini, ini bukan demokrasi sihat," katanya selepas ditemui bersama penduduk di Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati, Kampung Pandan pada Ahad

Tegas Johari, tindakan individu terbabit tidak menjejaskan BN dan UMNO kerana rakyat kini bijak memilih.

Iklan

Pada Sabtu, media melaporkan tindakan Ketua Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib bertanding di Parlimen Arau dan Maran atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Seorang lagi ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

Iklan

Susulan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pemimpin parti yang bertindak sedemikian akan dipecat berkuat kuasa serta-merta.