GTA perlu sokongan rakyat pulihkan negara

Iklan
Razali Lebai Salleh selepas selesai proses penamaan calon di Pejabat Daerah Padang Terap pada Sabtu.

PADANG TERAP - Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Padang Terap, Razali Lebai Salleh percaya rakyat akan bersama parti itu pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) biarpun berdepan penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, pembaharuan dan wawasan yang telah dimulakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan semula negara melalui penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) perlu disahut rakyat.

Iklan
Iklan

"Bagi saya sesuatu perlu dilakukan supaya satu pembaharuan dapat dilakukan untuk memperbaiki sistem (pemerintahan) yang pada pandangan saya sekarang telah runtuh.

"Jadi saya ambil inisiatif untuk menawarkan diri menjadi pemangkin ke arah itu, mengikut jejak dan wawasan yang telah dimulakan Tun Dr Mahathir," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Parlimen Padang Terap menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Mahdzir, Razali, Nurul Amin Hamid daripada Perikatan Nasional dan Muaz Abdullah (Pakatan Harapan).

Jelas Razali yang juga bekas Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis, gagasan yang dibawa Dr Mahathir akan disahut oleh rakyat yang mahukan pembaharuan dalam pemerintahan negara.

Iklan

"Walaupun (Pejuang) dikatakan yang paling baharu namun kita optimis apabila kita masuk bertanding.

"Kita yakin mendapat sokongan daripada rakyat bawahan dan saya ambil kesempatan ini berilah undi kepada kami, sekiranya kita sayangkan negara," ujarnya.