KOTA BHARU - Sebanyak 33 Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) Kontinjen Kelantan ditempatkan di seluruh negeri bagi memantau aktiviti politik sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Jurucakap Media PRU15, Superintanden Zulkifli Mat Deris berkata, setakat ini proses kempen pilihan raya berjalan dengan lancar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang tempoh terbabit.
Tambahnya, semua calon parti yang bertanding mematuhi peraturan berkempen di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ujar Zulkifli, Polis Kelantan menasihatkan supaya semua parti yang bertanding, kumpulan penyokong dan orang ramai yang terlibat mengikuti segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan agar tempoh berkempen ini berjalan dalam suasana aman dan harmoni.