'Isu calon luar bukan masalah besar' -Shabudin

Iklan
Shabudin (dua dari kanan) memberikan sokongan kepada Wan Saiful (dua dari kiri) pada sidang akhbar yang diadakan di Bilik Gerakan PN Tasek Gelugor pada Ahad.

TASEK GELUGOR - Pemilihan calon wakil rakyat yang berkualiti, serba boleh dan berpendidikan tinggi menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) di Tasek Gelugor apabila menampilkan calonnya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, calon pengganti yang ditampilkan PN ini amat berpotensi dan mempunyai keupayaan menjadi pemimpin hebat bukan sahaja untuk di kawasan Tasek Gelugor mahupun negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu calon luar bukannya masalah besar, sebaliknya rakyat perlu menilai kemampuan calon itu membawa perubahan di kawasan selain membawa pembangunan di peringkat nasional malah boleh juga sampai ke peringkat antarabangsa.

"Sebagai ahli Parlimen kita bukan hanya dinilai dari segi perkhidmatan yang kita wakili tetapi ia amat penting ialah untuk berjuang, bertugas sebagai pembuat dasar di peringkat Parlimen, mengetahui sistem, pengurusan dan pentadbiran negara.

Iklan

"Jadi kualiti calon sebegini perlu kita pilih, yang perlu kita berikan peluang untuk dipilih oleh rakyat," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Tasek Gelugor pada Ahad.

Shahbudin berkata, alasan tidak dapat berjumpa dengan wakil rakyat pada zaman sekarang bukan menjadi isu kerana kemodenan yang ada dapat menghubungkan kita dalam beberapa saat sahaja.

Iklan

"Masa saya jadi ahli Parlimen dulu pun, saya bertugas di Kuala Lumpur tetapi urusan pentadbiran Tasek Gelugor tetap berjalan lancar disebabkan saya amat memahami kawasan ini.

"Tambahan pula, setiap ahli Parlimen ada pegawai dan wakil yang bertugas di kawasan, maka tidak timbul masalah sekiranya calon yang dipilih bukan daripada kawasan setempat,” ujarnya.

Tambah beliau, dengan kemodenan teknologi dan kemudahan platform rangkaian internet serta media sosial dapat memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan wakil rakyat mereka walaupun berada di luar kawasan.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, beliau sudah berada di Tasek Gelugor sejak dua minggu lalu untuk memperkenalkan diri dan bermesra dengan pengundi setempat.

"Apa yang boleh saya katakan setakat ini penerimaan masyarakat amat memberangsangkan," jelas beliau.