'Satu undi BN, satu undi Zahid hanya persepsi pembangkang'

Iklan
Ismail Sabri meluangkan masa bertanya khabar dan bergambar bersama masyarakat setempat ketika hadir program Kenduri Rakyat bersama komuniti Bandar Kemayan pada Ahad. - Foto Bernama

BERA - Dakwaan satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri hanyalah persepsi yang dimainkan pihak pembangkang dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon Perdana Menteri daripada BN selepas PRU15.

Iklan
Iklan

"Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu... pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sudah putuskan selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat. Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan di sini pada Ahad ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini.

Iklan

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. - Bernama


Jangan kelirukan pengundi, Ismail Sabri kekal calon PM: Mahdzir

SHAH ALAM - Jangan kelirukan pengundi dengan memainkan isu pelantikan semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, UMNO sudah membuat ketetapan awal yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa Ismail Sabri kekal sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri.

"Dalam Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menetapkan bahawa parti sebulat suara bersetuju untuk Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri sekiranya BN menang pada PRU15.

Sebelum ini, pihak pembangkang melalui kempen mereka mendakwa BN bakal melantik Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memperoleh kemenangan pada PRU15.

Ujar Mahdzir, keputusan bagi menyatakan sokongan sepenuhnya kepada penyandang kerusi Parlimen Bera itu juga mendapat sokongan daripada156 Bahagian UMNO seluruh negara yang bermesyuarat sebelum ini.

Beliau berkata, parti pembangkang terutamanya Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya mencampuri urusan pelantikan Perdana Menteri sehingga boleh mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

"Pembangkang terutamanya PH yang selalu sebut perkara ini (pelantikan Perdana Menteri) tidak perlu mengadu domba urusan BN, jangan kelirukan pengundi kerana BN sudah ada keputusan.

"Keputusannya adalah seperti yang saya sebutkan tadi (Ismail Sabri dilantik semula), Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO juga jelaskan dan bersetuju Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri,” katanya.