Anak muda taruhan PN di Damansara

Iklan
Si Ching (kiri) bersama dua calon Parlimen Damansara iaitu Gobind dan Gim Tuan.
Si Ching (kiri) bersama dua calon Parlimen Damansara iaitu Gobind dan Gim Tuan.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan anak muda berusia 30 tahun, Lim Si Ching untuk berentap di Parlimen Damansara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Birmingham City University itu merupakan muka baharu dan pertama kali bertanding.

Si Ching ketika ditemui berkata, walaupun bakal berdepan mereka yang lebih berusia dan mempunyai nama, namun ia langsung tidak menggentarkannya.

"Kalau saya takut, saya tak akan berani datang bertanding di sini. Saya percaya dengan kekuatan diri sendiri dan sokongan jentera dan rakyat.

"Walaupun saya masih muda, tapi saya sudah mempunyai pengalaman berkempen dalam beberapa siri pilihan raya negeri dan semasa PRU14.

"Ia sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar tentang pilihan raya. Apa yang saya harapkan, pengundi beri saya peluang untuk berkhidmat kepada mereka," katanya.

Si Ching bakal berdepan dengan dua lagi calon iaitu Gobind Singh Deo daripada Pakatan Harapan (PH) dan Tan Gim Tuan (BN).