Rekod perkhidmatan jadi taruhan Yunus di Kuala Kurau

Iklan
Abdul Yunus (kanan) dalam program santai anak muda di Pantai Ban Pecah Kuala Kurau pada Ahad.

PARIT BUNTAR - Rekod perkhidmatan sebagai wakil rakyat dalam kerajaan menjadi taruhan Datuk Abdul Yunus Jamahri bagi mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Abdul Yunus yang bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) berkata, rakyat boleh menilai pembangunan, penambahbaikan infrastruktur dan kebajikan rakyat yang telah diberi keutamaan di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Segala penambahbaikan infrastruktur awam seperti jalan-jalan kampung di seluruh kawasan DUN telah dititikberatkan bagi kemudahan penduduk.

"Penyambungan pembinaan jalan utama pintas dari hadapan Kampung Parit Abas melalui Parit Mat Ali menuju ke Batu 14 yang puluhan tahun dahulunya tergendala turut disiapkan untuk kemudahan rakyat.

Iklan

"Semua perkara itu akan dinilai oleh rakyat dan keputusan itu diterjemahkan pada PRU15 nanti," katanya ketika ditemui dalam program santai anak muda di Pantai Ban Pecah Kuala Kurau di sini pada Ahad.

Abdul Yunus

Selaku penyandang kerusi sejak 2008, Exco Kerajaan Negeri itu akan berdepan saingan tiga penjuru bersama Anuar Ahmad (PH) dan Mohd Jamil Jahaya (BN)

Iklan

Pada PRU14 lalu, Abdul Yunus ketika itu mewakili PH dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dalam persaingan tiga penjuru dengan majoriti 2,643 undi.

Beliau kemudiannya umum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas lanjut, Abdul Yunus berkata, situasi pilihan raya kali ini adalah berbeza bagi dirinya kerana tiga penggal sebelum ini bertanding sebagai calon pembangkang dan banyak bergantung kepada gelombang tsunami rakyat.

Katanya, fenomena PRU15 kali ini menunjukkan rentak pengundi lebih menilai gerak kerja seseorang calon yang bertanding sama ada telah memberi perkhidmatan terbaik atau hanya mengambil tahu ketika musim pilihan raya sahaja.

"Kali ini saya masuk gelanggang PRU15 di DUN Kuala Kurau bagi penggal keempat dengan rekod perkhidmatan kepada rakyat berbanding tiga penggal yang lalu.

"Pengundi khususnya rakyat Kuala Kurau akan membuat pernilaian mereka sama ada calon yang diletakkan itu telah memberi perkhidmatan yang terbaik katau sebaliknya," katanya.