PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah menjadi wira buat Liverpool selepas menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya itu menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, London Liverpool bermula garang apabila mendahului permainan selepas penyerang mereka, Darwin Nunez mengumpan bola kepada Salah untuk jaringan pertama The Reds.
Pelawat kemudiannya berjaya menggandakan jaringan sebelum rehat masa pertama sekali lagi menerusi Salah yang bijak menanduk masuk hasil kesilapan Eric Dier.
Tuan rumah berjaya merapatkan jurang melalui Harry Kane pada minit ke-70 namun tidak mencukupi untuk mengelak kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan liga.
"Ia kemenangan penting. Apa yang kami tunjukkan ialah kami tidak terlalu tertekan apabila dibolosi.
"Saya suka persembahan malam ini. Kita tidak boleh konsisten dengan hanya bermain baik sepanjang masa.
"Ia berkenaan semangat juang yang kami tunjukkan malam ini," kata jurulatih Liverpool Jurgen Klopp.
Untuk rekod, Spurs, yang kini sudah tewas tujuh kali dalam sembilan pertemuan Liga Perdana Inggeris antara kedua-dua pasukan.