Presiden MIC dendang lagu Suci Dalam Debu

Iklan
Tangkap layar video menunjukkan Vigneswaran menyanyikan lagu Suci Dalam Debu ketika melawat Bilik Gerakan BN Lintang, pada Ahad.

IPOH - Kempen calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Siput, Tan Sri Vigneswaran mencuri tumpuan apabila secara spontan menyanyikan lagu Suci Dalam Debu yang dipopularkan kumpulan Iklim.

Menerusi video berdurasi 2:02 minit itu, Presiden MIC itu menyanyikan lagu berkenaan sambil diiringi pemain gitar secara langsung di hadapan penyokong BN.

Iklan
Iklan

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Siva Subramaniam, kejadian spontan itu berlaku pada malam Ahad ketika Vigneswaran melawat Bilik Gerakan BN Lintang di Sungai Siput.

"Tindakan spontan itu mendapat perhatian semua yang berada di situ pada malam semalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Kerusi Parlimen Sungai Siput menyaksikan pertembungan tujuh penjuru membabitkan Vigneswaran bersama enam calon melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan tiga calon Bebas.

Penyandang, S Kesavan, 72, mewakili PH akan dicabar Vigneswaran, 57, dari BN; Datuk Seri G. Irudianathan, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49, (Pejuang).

Iklan

Tiga calon Bebas yang turut mencuba nasib ialah, suri rumah, R Indrani, 50; bekas Ketua Penerangan PN Sungai Siput, Baharudin Kamarudin, 63 dan ahli perniagaan, N Rajah, 57.