PKR cabar BN keluar kenyataan rasmi siapa calon PM

Iklan
Lee Chean Chung

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat mengatur pentas debat bagi tiga calon Perdana Menteri gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung bagaimanapun berkata, sukar bagi pihaknya menghantar jemputan kepada BN kerana calon Perdana Menteri bagi gabungan itu masih samar.

Iklan
Iklan

Justeru, PKR mencabar BN mengeluarkan kenyataan rasmi siapa yang akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

"Ya, (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) pernah diangkat sebagai 'poster boy' sebelum Parlimen dibubarkan.

Iklan

"Namun sehingga hari ini, tidak nampak gambar beliau yang muncul dalam poster, billboard, ataupun banner bilik gerakan.

"Pembisuan UMNO/BN ini ada tanda-tanda yang tersirat. Sebelum ini hampir kesemua menteri UMNO dalam kabinet Ismail Sabri telah dimatikan jalan mereka untuk bertanding.

Iklan

"Sekarang, adakah Ismail Sabri masih percaya bahawa dia akan dikekalkan sebagai 'poster boy' ataupun ini hanya khayalan sendiri saja?" katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai pentas debat, beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat menilai pimpinan dan gabungan mana yang terbaik untuk mereka.

Katanya, surat jemputan akan dihantar dalam waktu terdekat namun kemungkinan tidak dilaksanakan sekiranya hanya dua gabungan yang bersetuju.

"Kita lihat tiga blok parti terbesar. Lebih baik adakan debat kerana penting untuk kita berikan makluman dan info kepada pengundi tentang apa yang dibawa kepada rakyat.

"Namun untuk hantar jemputan kepada UMNO dan BN nak tuju kepada siapa?" soalnya.