Parti 'angkat' politik fitnah perlu ditolak: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama

SHAH ALAM - BN mengajak rakyat supaya menolak sebarang politik fitnah seperti mana yang dilakukan parti lawan demi masa depan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tidak bertanggungjawab oleh parti pesaing itu disebabkan ingin mengaburi kelemahan dan kegagalan mereka untuk mendapat sokongan.

Iklan
Iklan

Justeru menurun calon Parlimen Bagan Datuk itu, gabungan yang diterajuinya tidak akan sesekali mengikut rentak lawan, sebaliknya memilih untuk meneruskan agenda politik kesederhanaan.

"Sekiranya pihak lawan politik terus membawa politik fitnah tanpa bukti, hanya bermain politik sentimen berbanding politik khidmat sebenarnya sudah sewajarnya rakyat perlu menolak golongan tersebut.

Iklan

"Apabila asyik menggunakan politik fitnah dan politik sentimen untuk memanipulasi sokongan, ternyata pihak lawan BN berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai tawaran lebih baik berbanding tawaran BN," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Beliau berkata, agenda politik kesederhanaan perlu 'dipertegaskan' ketika ini susulan terdapat segelintir parti politik memainkan isu sentimen keagamaan dan melampau batas toleransi kaum.

Iklan

Jelasnya, melabel parti lain sebagai kurang 'islamik', sekular dan sebagainya juga tidak seharusnya berlaku.

"Sikap memperlekeh pihak lain seolah-olah orang lain tidak baik berbanding mereka. Tetapi menaburkan politik fitnah merata-rata hanya untuk secupak undi kerana mereka hakikatnya tidak diterima oleh masyarakat majoriti yang lebih mahu politik kesederhanaan dan menolak politik ekstrem melanggar adab dan etika," katanya.