Nelayan kaut bilis 700kg ditahan

Iklan
Bot nelayan tempatan kelas A ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika Tanjung Kemarong, Pulau Langkawi Selasa lalu selepas melanggar Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b).

LANGKAWI - Sebuah bot nelayan tempatan kelas A atau pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Langkawi selepas didapati melanggar syarat lesen dengan memukat bilis kurang dari 1 batu nautika dari pantai, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd Said berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika Tanjung Kemarong, Pulau Langkawi oleh kapal peronda milik Maritim pada jam 11,10 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan seorang tekong bersama seorang awak-awak warganegara Malaysia dan 25 awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen kerana memukat di kawasan yang tidak dibenarkan.

Iklan

"Bot tersebut bersama hasil tangkapan ikan bilis dengan anggaran berat kira-kira 700 kilogram ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau berkata, Maritim komited dalam usaha membanteras aktiviti nelayan yang melanggar undang-undang sedia ada seperti aktiviti memukat di kawasan yang tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan ekosistem di kawasan tersebut.

Iklan

"Pihak Maritim juga mengharapkan kerjasama orang ramai supaya dapat melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara ini,” katanya.