Nor Azam mahu tunai harapan tertangguh

Iklan
Nor Azam beramah-mesra dengan peniaga dan pengunjung di Pasar Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, di sini pada Isnin.

KANGAR – Tiada manifesto populis namun masih banyak harapan yang ingin direalisasikan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Nor Azam Karap berkata, beliau berharap pengundi di Kuala Perlis dapat memilihnya sekali lagi bagi menyelesaikan perancangan yang masih belum diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Di peringkat negeri ada manifesto (PH), jadi saya tidak mahu sebut manifesto tapi harapan. Harapan saya banyak, salah satu pada PRU14 adalah membaik pulih Pasar Baru Kuala Perlis dan telah direalisasikan pada penggal lalu.

"Tidak dinafikan ada juga perkara yang tidak selesai pada penggal lepas disebabkan peruntukkan, pertukaran kerajaan (pusat) tapi saya akan cuba untuk memenuhinya jika diberi peluang memerintah negeri dan Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di Pasar Baru Kuala Perlis, di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut Nor Azam, perkara asas yang menjadi harapannya adalah membina laluan pejalan kaki berbumbung untuk murid dan pelajar sekolah.

"Laluan pejalan kaki sudah ada cuma bumbungnya belum ada bermula dari hadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis ke Sekolah Menengah Kuala Perlis.

Iklan

"Ini dapat melindungi mereka ketika waktu hujan dan panas untuk mengurangkan risiko,” ujarnya.

Nor Azam berjaya memenangi kerusi DUN Kuala Perlis dengan majoriti 1,254 pada PRU14.

Pada PRU15, beliau berdepan saingan lima penjuru dan akan ditentang Kamaruddin Malik (BN-UMNO), Abu Bakar Hamzah (PN-Bersatu), Muhamad Hairi Noordin (Warisan) dan Datuk Azahar Ahmad (Bebas).