Sungai Golok melimpah, 32 mangsa banjir dipindahkan

Iklan
Mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Tok Deh susulan air Sungai Golok melimpah. - Foto ihsan APM

RANTAU PANJANG - Seramai 32 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di sini jam 3.20 petang pada Isnin susulan air Sungai Golok melimpah.

Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, enam keluarga terdiri daripada 17 lelaki dan 15 perempuan dipindahkan ke PPS berkenaan selepas air sungai terbabit mencatatkan paras 8.30 meter.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, enam keluarga di Kampung Lancang tidak berpindah kerana rumah mereka tinggi," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, selain sentiasa melakukan pemantauan, anggota APM turut mengagihkan kit makanan kepada mangsa yang berada di rumah.

Iklan
Iklan

"Oleh kerana air Sungai Golok berada pada paras amaran, penduduk dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan memerlukan berbuat demikian," ujar beliau.