Restoran tomyam 'digegar' Imigresen

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Selera di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Restoran tomyam dan nasi kukus di Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru di sini dikejutkan dengan kehadiran Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Ops Selera malam tadi.

Operasi melibatkan kekuatan seramai 51 anggota dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini dijalankan bermula jam 9.50 malam, bertindak hasil aduan dan maklumat awam.

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, sebanyak lima buah restoran telah digempur.

Antara PATI yang ditahan dalam Ops Selera di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, hasil serbuan berjaya menahan seramai 85 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk 27 wanita berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun.

Iklan

"Pati ini merupakan pelayan serta tukang masak di restoran terbabit.

"Mengikut pecahan tangkapan mendapati PATI ini terdiri daripada 65 warga Thailand, Indonesia (17 orang), Pakistan (1 orang), Myanmar (1 orang) dan seorang warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Selera di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.

Hamidi berkata, dua majikan warga tempatan berusia lingkungan 40-an turut ditahan kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah.

Mengulas lanjut, semakan lanjut juga mendapati PATI ini menyalahgunakan pas lawatan sosial dan permit untuk bekerja di restoran terbabit.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen," katanya.

Tegasnya, Imigresen akan terus menjalankan operasi dan pemantauan bagi mengesan majikan yang masih berdegil menggajikan Pati untuk bekerja.

Imigresen juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.