'Pekerja yang minta kereta peronda polis dibasuh dulu'

Iklan
Tular bebenang di laman Twitter mendakwa kereta peronda polis memotong barisan di sebuah kedai mencuci kenderaan di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan mengatakan anggotanya bertindak memotong barisan di sebuah kedai mencuci kereta di Pantai Dalam di sini, seperti yang tular di laman Twitter pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, bebenang menerusi laman Twitter itu dikesan pihaknya pada jam 12.46 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati kereta peronda yang dinaiki anggota Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur ke premis itu untuk mencuci kenderaan.

"Setibanya di lokasi, anggota berkenaan meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran.

Iklan

Beliau berkata, setelah kenderaan itu dicuci, anggota polis membuat bayaran dan beredar untuk meneruskan penugasan rondaan.

Pada Isnin, tular di media sosial Twitter satu bebenang mendakwa kereta peronda polis memotong barisan di sebuah kedai mencuci kereta.

Iklan

Dalam sisipan berkenaan menyatakan,"Nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn?.