EMPAT pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan laluan berbeza selepas undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland, pada Isnin.
Jagoan Inggeris yang sarat tradisi kejuaraan Eropah, Liverpool akan berentap dengan penyandang juara yang juga juara 14 kali, Real Madrid.
Iklan
Iklan
Juara EPL, Manchester City pula dijangka tidak berdepan masalah apabila diundi berdepan kelab Bundesliga Jerman, RB Leipzig.
Juara edisi 2021, Chelsea akan berdepan satu lagi wakil dari Jerman, Borussia Dortmund manakala Tottenham Hotspur diundi menentang juara Serie A Itali, AC Milan.
Kelab mewah dari Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) pula diundi bertemu jagoan Bundesliga Jerman, Bayern Munich sekali gus mengulangi aksi final edisi 2020.
Sementara itu, Inter Milan dari Itali akan bertemu kelab Portugal, Porto manakala satu lagi kelab Jerman, Eintracht Frankfurt berdepan cabaran wakil Itali, Napoli, Benfica pula diundi bersama kelab Belgium, Club Brugge.
Untuk rekod, perlawanan timbal balik pertama dijadualkan berlangsung pada Februari manakala aksi kedua pada Mac, dengan perlawanan akhir berlangsung di Istanbul pada 10 Jun tahun depan.