KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menasihatkan rakyat supaya tidak cemas dengan amaran yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia antara 34 negara yang berisiko penculikan tinggi.
"Amaran AS itu sentiasa dikeluarkan dari semasa ke semasa, jadi kerajaan memberi jaminan keadaan timur Sabah semakin aman dan penyelesaian politik di selatan Filipina sedang berlangsung.