KUALA LUMPUR - Mana-mana ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak mendapat kebenaran parti untuk bertanding pada pilihan raya, keahliannya adalah terhenti secara serta-merta, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau dalam satu kenyataan malam Isnin berkata, keahlian terhenti secara merta-merta itu selaras Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu.
Menurut Hamzah, ia juga terpakai kepada pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lawan atau calon Bebas.
Kenyataan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan kes yang dirujuk.
Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Mohd Zulkifli Zakaria mengemukakan borang penamaan calon untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15. - Bernama