Perang lagu meriahkan kempen PRU15

Iklan
‘Peperangan’ setiap parti politik bukan hanya di jalanan atau di media sosial tetapi dua koalisi politik popular iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tampil dengan lagu kempen tersendiri. - Gambar hiasan

KEHANGATAN perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sekadar menjurus ke arah calon mana yang bertanding atau perlumbaan koalisi-koalisi politik untuk menawan Putrajaya.

Dalam dua tiga hari ini, Merak Jalanan berasakan keunikan PRU15 kali ini cukup berbeza.

Iklan
Iklan

‘Peperangan’ setiap parti politik bukan hanya di jalanan atau di media sosial tetapi dua koalisi politik popular iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tampil dengan lagu kempen tersendiri.

PH misalnya, sebulan lalu setelah penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman diangkat sebagai Ketua Cabang Ampang, memperkenalkan lagu Aduh Malaysia pada program Rapat Mega Keadilan di Kuala Lumpur.

Iklan

Merak Jalanan terhibur dengan sebahagian lirik lagu tersebut, antaranya berbunyi ‘Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun?’ yang sudah tentu secara signifikannya ditujukan kepada parti lawan mereka. Lagu itu kemudiannya menjadi siulan buat penyokong-penyokong tegar PH.

Cukup Sekali, nyanyian Noki KClique bersama Lah Ahmad dan Cat Farish menjadi taruhan BN yang secara signifikannya menggambarkan cukuplah sekali memberi kuasa kepada PH yang mentadbir negara selepas BN gagal pada PRU14.

Iklan

Sekali lagi Merak Jalanan terhibur dengan lirik ‘Cukup sekali, kalau dulu buat janji, mana janji dikendali’ yang nyata menjurus ke arah janji manifesto PH sebelum ini.

Cuma Merak Jalanan ternanti-nanti, dalam tempoh 11 hari menjelang hari mengundi nanti, adakah Perikatan Nasional (PN) akan tampil dengan lagu tersendiri. Siapakah pula bakal penyanyi itu? Kita tunggu dan lihat.