PRU15: Polis siasat ucapan Razman

Iklan
Mohd Yusri

IPOH - Polis Perak menjalankan siasatan berhubung ucapan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Perak yang tular sejak 6 November lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat seorang lelaki berusia 32 tahun mendakwa ucapan tersebut didapati mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat terhadap serta ditujukan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"Pihak polis menasihatkan agar semua penyokong parti yang terlibat supaya mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama ketika tempoh berkempen," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, sehingga semalam sebanyak tujuh laporan keseluruhan diterima pihak polis dan satu kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen PRU15 berlangsung.

Iklan

Katanya, sebanyak 142 ceramah dikesan berlangsung dalam tempoh kempen dengan 123 mendapat permit manakala 19 lagi dibuat tanpa permit.

Menurutnya, pihak polis juga menerima 123 permohonan untuk mengadakan ceramah dan kesemua permohanan tersebut diluluskan.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Razman tidak kisah sebarang laporan polis atau siasatan dibuat terhadapnya susulan ucapan yang didakwa berunsur fitnah semasa kempen PRU15 pada Ahad.

Susulan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Zaim Sidqi Zulkifly mahu membuat laporan polis berhubung kenyataan Razman menerusi rakaman video memfitnah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.