Bangunan dekat Burj Khalifa di Dubai terbakar

Iklan
Kebakaran yang berlaku di bangunan kediaman 8 Boulevard Walk, Dubai pada Isnin. - Foto Twitter

DUBAI - Sebuah bangunan kediaman pencakar langit di Dubai, Emiriah ARab Bersatu (UAE) terbakar pada Isnin lalu.

Bangunan setinggi 35 tingkat itu merupakan sebahagian daripada kompleks menara dikenali sebagai 8 Boulevard Walk terletak berhampiran Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia.

Iklan
Iklan

Bangunan itu terbakar pada jam 2.20 pagi waktu tempatan.

Api merebak di bahagian tepi struktur bangunan tersebut didorong oleh bahan yang mudah terbakar.

Iklan

Seorang penduduk memberitahu The Associated Press bahawa bangunan tinggi itu mempunyai bahan lapisan yang mana ia dirancang untuk digantikan selepas kebakaran sepertimana berlaku ketika Malam Tahun Baru pada tahun 2015.

Bagaimanapun ia tidak diganti, kata seorang penduduk itu kepada agensi berita tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Iklan

Pemaju bangunan itu enggan mengulas mengenai lapisan itu tetapi berkata, tiada sesiapa yang cedera dalam kebakaran tersebut.

Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya mengesahkan bahawa kebakaran berlaku di 8 Boulevard Walk pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, api dapat dikawal dengan sokongan pihak berkuasa kerajaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambah jurucakap itu, pihaknya memandang serius keselamatan penduduk dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian berkenaan. - Agensi