Kejayaan luar biasa QB Empire

Iklan
Qayra (dua dari kanan) bersama suami semasa menerima anugerah Top 500 Trusty Brand Award pada Julai lalu.

Qayra berbangga sembilan produk syarikatnya tawan hati pelanggan

Qayra (dua dari kanan) bersama suami semasa menerima anugerah Top 500 Trusty Brand Award pada Julai lalu.

Pencapaian pengeluar produk berasaskan herba, Qayra Beauty Empire (QB Empire) begitu mengagumkan.

Iklan
Iklan

Meskipun baru empat tahun beroperasi tetapi sudah mengeluarkan lapan produk khas untuk wanita yang kini mendapat permintaan luar biasa.

Lapan produk yang dimaksudkan itu terdiri daripada Herba Kurus Tradisi, Slimocha, Slimberry, Slimnut, Maajun Premium, Tinted Kulet, Slimming Girdle dan Krim Anti-Cellulite, manakala produk kesembilan dan terbaharu iaitu UK Gel dan UK Coffee telah dilancarkan pada 23 Oktober lalu, khusus untuk golongan lelaki yang sudah berkahwin.

Iklan

Pengasasnya, Noor Faqirah Abdullah, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Qayra berkata, produk baharu ini memberi kelebihan kepada para lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.

"Dengan mengamalkannya secara konsisten, insya-ALLAH ia dapat membantu golongan ini,” kata anak kelahiran Pasir Tumbuh, Kelantan ini.

Iklan

Kedua-dua produk itu dijual pada harga mampu milik iaitu UK Gel hanya RM39 sekotak, manakala UK Coffee RM55 sekotak atau boleh dibeli secara berasingan iaitu RM10 satu paket.

Untuk penjimatan, QB Empire menawarkan pembelian secara kombo untuk sekotak UK Gel dan sekotak UK Coffee dengan harga hanya RM90.

Melantik Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul (Anju) sebagai duta, Qayra mengharapkan UK Gel dan UK Coffee diterima ramai sekali gus membantu golongan suami yang berhadapan masalah lemah tenaga batin.

Ujian hidup

QAYRA


Berkongsi kisah kejayaan QB Empire sepanjang empat tahun penubuhannya, isteri kepada Muhammad Afiq Aseri, 28, itu menjelaskan, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Pelbagai cabaran dan liku terpaksa dilaluinya sebelum berjaya.

Bagaimanapun ujian hidup yang ditempuhi itu menjadikannya lebih bersemangat untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.

Mengakui bukan datang dalam kalangan orang senang, Qayra yang merupakan anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu melihat sendiri susah payah ayah membesarkan anak-anak dengan tulang empat kerat.

Ayahnya, Abdullah Isa, 66, menjual akar kayu manakala ibunya, Wan Noor Madiah Wan Ismail meninggal dunia ketika Qayra masih di Tingkatan Tiga.

"Ayah meniaga akar kayu meratarata negeri dan kami sentiasa mengikut ayah sewaktu kami kecil. Pernah satu ketika kami tidur di tepi jalan menunggu ayah selesai menjual akar kayu di pasar malam. Kisah ini akan saya kenang sampai bila-bila,” ujarnya sebak.

Qayra yang hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menganggap ia bukan penghalang untuknya terus mengejar kejayaan.

Selain terus menimba ilmu dengan mereka yang pakar dalam bidang perniagaan, Qayra turut menghadiri pelbagai kelas usahawan.

"Alhamdulillah, segala ilmu yang diperoleh saya aplikasikan dalam perniagaan ini,” ujar ibu kepada Dyan Miqayla (tiga tahun 11 bulan) dan Dyan Medina (dua tahun lima bulan).

Pendapatan lima angka

Qayra meletakkan replika produk sebagai tanda pelancaran produk terbaharu mereka, baru-baru ini.


Usaha berterusan membuahkan hasil apabila Qayra kini mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sebulan.

Beliau juga mampu membeli pelbagai aset sepanjang bergelar usahawan dan perniagaannya telah mencatat keuntungan jualan mencecah RM17 juta pada tahun lalu.

Selain aset peribadi, beliau turut miliki hartanah yang salah satunya bakal dibina untuk dijadikan ibu pejabat Qayra Beauty.

Kejayaan Qayra tidak terhenti setakat ini apabila beliau berjaya membawa QB Empire sebagai penerima Top 500 Trusty Brand Award pada Julai lalu oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan berjaya melahirkan lebih 7,000 usahawan di bawah Qayra Beauty.

Dengan niat untuk berkongsi rahsia kejayaan, Qayra akui amalan bersedekah menjadi faktor rezekinya melimpah ruah.

"Saya percaya ramai yang bersedekah. Saya sendiri juga akan pastikan sentiasa konsisten untuk ‘sedekah Subuh’. Kemudian, pada setiap Jumaat, saya mewajibkan diri untuk memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan.

"Apa yang dilakukan ini, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun saya pegang setiap rezeki yang ALLAH beri pasti sebahagian daripadanya adalah rezeki orang lain yang dititipkan kepada kita,” ujar Qayra.

Info Qayra @ QB Empire:

• Noor Faqirah Abdullah atau Qayra

• Anak jati Pasir Tumbuh, Kelantan

• Anak kelapan daripada 10 adik-beradik

• Empat tahun mengusahakan QB Empire

• Pengeluar lapan produk untuk wanita dan dua produk lelaki

• Bakal beroperasi di pejabat sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan

• Akan melebarkan sayap ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

• Dapatkan produk QB Empire dengan layari Facebook Qayra Beauty Official HQ; Instagram @ qayrabeautyofficial; Tiktokshop @qayrabeautyofficial dan Shopee: Qayra Beauty Official HQ atau hubungi talian 016-9466816 untuk maklumat lanjut.