Piala Liga: Lampard pertaruh ubi muda Everton

Iklan
Lampard

PENGENDALI Everton, Frank Lampard bercadang mendedahkan beberapa pemain muda The Toffees kepada dunia bola sepak sebenar Piala Liga dalam saingan pusingan ketiga di Stadium Vitality pada Rabu.

Namun bekas pemain England itu tidak mahu mendedahkan secara berlebihan ubi muda kelab Merseyside tersebut apabila menentang lawan dari Liga Perdana Inggeris, Bournemouth.

Iklan
Iklan

Lampard juga dijangka merehatkan beberapa pemain Toffees dengan empat tonggak penting - James Tarkowski, Vitalii Mykolenko, Alex Iwobi dan Demarai Gray - telah memulakan semua 14 perlawanan berintensiti tinggi peringkat teratas setiap perlawanan.

Kepadatan saingan domestik juga mungkin akan menyaksikan pemain pertahanan seperti Michael Keane, Mason Holgate, Ruben Vinagre dan Yerry Mina yang telah lama cedera, pemain tengah Abdoulaye Doucoure, Tom Davies dan James Garner, dan penyerang Neal Maupay dan Salomon Rondon mendapat semula minit perlawanan masing-masing.

Iklan

Pada masa sama Lampard juga masih menunggu perkembangan terkini status kecederaan bintang prolifik Dominic Calvert-Lewin dan gandingan tengah Amadou Onana dan Idrissa Gana Gueye.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat ketiga-tiga pemain tersebut berkemungkinan direhatkan menjelang perlawanan berdepan The Cherries.

Iklan

Dalam kemenangan 1-0 ke atas Fleetwood, Lampard memulakan Reece Welch dan memberikan penampilan sulung kepada Stanley Mills yang berusia 19 tahun dan Lewis Warrington, 20.

Mills, yang menyertai akademi Leeds berusia 14 tahun dan merupakan anak kepada bekas pertahanan Manchester City, Danny.

"Ini merupakan sebahagian proses pembelajaran untuk melihat sama ada kita boleh membawa mereka pergi lebih jauh atau sebaliknya.

"Jadi saya ingin fikir kita akan mempunyai dua, tiga, empat pelapis muda di bangku simpanan tetapi saya tidak boleh menjamin itu sehingga kami mempunyai sejumlah pemain yang berada dalam tahap terbaik,” kata Lampard.

PIALA LIGA INGGERIS

Pusingan Ketiga

RABU (9 NOVEMBER)

Stevenage lwn Charlton, 3.45 pagi

Bristol City lwn Lincoln City, 3.45 pagi

Bournemouth lwn Everton, 3.45 pagi

Brentford lwn Gillingham, 3.45 pagi

MK Dons lwn Morecambe, 3.45 pagi

Leicester City lwn Newport County, 3.45 pagi

Burnley lwn Crawley Town, 3.45 pagi

KHAMIS (10 NOVEMBER)

Wolves lwn Leeds United, 3.45 pagi

Nottingham Forest lwn Tottenham Hotspur, 3.45 pagi

Arsenal lwn Brighton, 3.45 pagi

Southampton lwn Sheffield Wednesday, 3.45 pagi

West Ham United lwn Blackburn Rovers, 3.45 pagi

Newcastle United lwn Crystal Palace, 3.45 pagi

Manchester City lwn Chelsea, 4 pagi

Liverpool lwn Derby County, 4 pagi

JUMAAT (11 NOVEMBER)

Manchester United lwn Aston Villa, 4 pagi