Pemandu kereta sewa tagih janji lapan tahun lalu

Iklan
Ismail (kiri) bersama rakannya menunjukkan keadaan bumbung stesen yang telah rosak dan bocor.

TANAH MERAH - Pemandu kereta sewa di sini menagih janji yang dibuat oleh seorang calon wakil rakyat semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Tanah Merah, Ismail Hassan berkata, pada musim berkempen itu, calon berkenaan ada berjanji untuk memberi peruntukan bagi membaik pulih bangunan stesen yang terlalu uzur.

Iklan
Iklan

"Sekarang sudah PRU15, namun sehingga kini tiada khabar berita atau bertanya khabar. Stesen ini terlalu uzur dan bumbungnya banyak yang bocor.

Pemandu kereta sewa di Tanah Merah menagih janji lapan tahun lalu yang dibuat oleh calon wakil rakyat semasa berkempen pada pilihan raya sebelum ini.

Menurut beliau, stesen yang berusia 40 tahun itu masih digunakan oleh 20 daripada 60 pemandu kereta sewa yang masih aktif.

Iklan

Katanya, rata-rata pemandu berusia 40 hingga 70 tahun.

Tambah Ismail, permintaan terhadap kereta sewa di sini masih lagi relevan dan sentiasa ada penumpang.

Iklan

"Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Tanah Merah adalah yang paling tersohor di Kelantan kerana mempunyai lebih 200 pemandu.

"Namun peredaran zaman menyebabkan jumlahnya semakin berkurang sekali gus tiada anak muda yang sanggup menjadi pelapis," katanya.