KOTA BHARU - Polis Kelantan telah meluluskan 72 aktiviti ceramah di seluruh negeri ini sejak Sabtu lalu hingga Selasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jurucakap Media PRU15, Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, pada Ahad sebanyak enam aktiviti ceramah diluluskan diikuti Isnin (23) dan Selasa (43).
Iklan
Iklan
Menurutnya, Polis Kelantan menasihatkan semua calon atau wakil calon parti agar memohon permit untuk berkempen.
Ujarnya, mereka juga perlu mematuhi syarat-syarat permit yang telah dikeluarkan serta peruntukan undang-undang dalam tempoh terbabit.
"Hal ini agar perjalanan kempen berjalan dalam suasana aman dan harmoni," jelas beliau.