Warga emas meninggal dunia ketika rawatan

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang warga emas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pengkalan Teluk, Pasir Mas awal pagi Isnin meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Dalam kemalangan pada jam 1.30 pagi itu, mangsa, Pang Sow Wen, 60, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dipercayai terbabas seorang diri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika itu mangsa dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang dari sebuah tapak projek di Pengkalan Telok.

"Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas kemudian dilaporkan meninggal dunia," katanya.

Iklan
Iklan