MIC nafi tawar RM10 juta kepada Prabakaran

Iklan
S Rajah

KUALA LUMPUR - MIC membuat satu laporan polis berhubung kenyataan dibuat penyandang Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang mendakwa ditawarkan RM10 juta untuk melompat parti.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat Prabakaran dalam satu ceramah baru-baru ini sebelum ia tular selepas satu video berdurasi 35 saat terbabit dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menerusi akaun @keadilancabangbatu.

Iklan
Iklan

Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S Rajah ketika ditemui menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkan kenyataan itu sebagai langkah terdesak untuk meraih undi.

"Dia macam dah tiada 'modal' dan dia cerita dia dapat tawaran daripada MIC, ini adalah fitnah yang tidak bagus," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Selasa.

Iklan

Bagaimanapun, S Rajah menegaskan pihaknya akan bertolak ansur sekiranya Prabakaran menarik balik kenyataan terbabit dan mengemukakan permohonan maaf.

"Kita ada ruang untuk budi bicara, jika dia tarik balik kenyataan dan meminta maaf secara profesional, kita akan tarik balik laporan," tegas beliau.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.