Bot nelayan tempatan ditahan gaji kru warga asing

Iklan
Sebahagian kru warga asing atas bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Rompin pada Isnin kerana melanggar syarat lesen.

KUANTAN - Sebuah bot pukat jerut milik nelayan tempatan ditahan kerana disyaki melanggar syarat lesen apabila dikendalikan kru warga asing tanpa permit kerja dan dokumen pengenalan diri sah.

Bot kelas C2 itu ditahan jam 9.30 malam, pada Isnin kira-kira 4.6 batu nautika dari Kuala Endau, Rompin.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot bersama 24 kru terdiri warga Thailand dan Kemboja itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke muara Sungai Endau.

Menurutnya, bot pemintas Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Makmur di perairan Pahang bertindak memintas bot nelayan itu untuk pemeriksaan.

Bot yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Bot bersama kru warga asing berusia 21 hingga 50 tahun yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamal Ariffin berkata, turut dirampas peralatan menangkap ikan hasil laut dianggarkan seberat empat tan.

Iklan