Program Warisan kecoh penyokong GRS cetus provokasi

Iklan
Seorang lelaki didakwa penyokong GRS hadir pada program Warisan yang dihadiri Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Sundang, Batu Sapi. Gambar kecil: Khairul Firdaus

SANDAKAN - Kempen calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Batu Sapi, Alias Sani yang dihadiri Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kecoh apabila penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa sengaja hadir pada program berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kehadiran penyokong GRS ke lokasi kempen Warisan yang berlangsung di Kampung Sundang pada pagi Selasa menyebabkan penyokong Warisan berang.

Video berkaitan kejadian itu tular di media sosial apabila penyokong Warisan kemudian mempertahankan bahawa ia adalah program Warisan dan sepatutnya penyokong GRS tidak patut berada di sana.

Iklan

Dalam sebuah video berasingan pula, seorang lelaki dipercayai penyokong GRS tiba-tiba melaungkan 'undi GRS' ketika program sedang berlangsung.

Bagaimanapun, calon GRS, Khairul Firdaus Akbar Khan melalui satu kenyataan tampil menafikan bahawa berlaku kekecohan dan memaklumkan bahawa insiden yang tular itu sebaliknya hanya permainan sentimen semata-mata.

Iklan

"Usah dibangkitkan unsur atau elemen sentimen yang sensitif dan mampu mengguris mana-mana pihak," katanya bagi menjelaskan keadaan itu.

Kekecohan dikatakan ketika sebuah program Warisan membabitkan penyokong GRS dan Warisan di Kampung Sundang, Batu Sapi.

Kenyataan itu merujuk mengenai sebuah video berdurasi 28 saat tular di media sosial iaitu bapanya yang juga seorang veteran politik, Datuk Akbar Khan Abdulrahman hadir di sebuah kempen parti lawan di kawasan Parlimen Batu Sapi di Kampung Sundang pada pagi Selasa.

Jelas Khairul Firdaus lagi, hubungan baik bersama Mohd Shafie sudah terjalin sejak awal dan mereka tidak bermusuh.

"Hubungan persahabatan ayah saya bersama Shafie sudah terjalin dan umpama keluarga. Tidak ada niat untuk bermusuh kerana sudah berkenalan lama," katanya.