Longkang tersumbat punca banjir kilat di Shah Alam: Bomba

Iklan
Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air akibat longkang tersumbat selepas hujan lebat pada petang Selasa. Foto: JBPM Selangor

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dinaiki air selepas hujan lebat pada petang Selasa, akibat masalah longkang tersumbat.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah menjalankan pemantauan kira-kira jam 6 petang di lokasi Taman Sri Muda, Seksyen 25; Kota Kemuning; Seksyen 17 ke Seksyen 24 dan Seksyen 32, Bukit Naga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi lokasi di Taman Sri Muda, tiada risiko banjir dan kunci air Sri Muda dalam keadaan terkawal dengan pam air yang beroperasi.

"Di Kota Kemuning dan Seksyen 17 hingga ke Seksyen 24, jalan dinaiki air akibat longkang tersumbat dan tiada risiko banjir.

Iklan

"Di Seksyen 32, Bukit Naga pula didapati jalan dinaiki air hingga ke paras lutut akibat longkang tersumbat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air akibat longkang tersumbat selepas hujan lebat pada petang Selasa. Foto: JBPM Selangor

Beliau berkata, setakat ini tiada kerja penyelamatan dibuat namun anggota bertugas menasihatkan penduduk di kawasan terbabit untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Iklan

Katanya, sekiranya keadaan semakin teruk, segera hubungi pihak bomba.