'Berapa ramai pun terlibat, kita tangkap dan buang kerja'

Iklan
Hamzah Zainudin

LARUT - Kementerian Dalam Negeri tidak akan membiarkan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam jenayah sindiket berada lama dalam sesebuah jabatan dan agensi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan tegas termasuk buang kerja akan dikenakan terhadap mereka agar kesalahan dilakukan tidak terus membarah hingga mencemarkan nama jabatan.

Iklan
Iklan

"Jadi tindakan sewajarnya perlu diambil, jika perlu untuk mengambil tindakan seperti membuang mereka, itu akan dilakukan selepas siasatan terperinci dilakukan.

"Tidak kiralah berapa ramai sekali pun, kita akan tangkap dan gantikan dengan pegawai-pegawai baharu. Jangan risau kalau kita tangkap ramai, ini bermakna kita selesaikan masalah-masalah yang busuk ini," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas penglibatan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang dipercayai mendalangi sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 14 individu terdiri daripada dua ‘transporter’ warga tempatan dan 12 migran warga Indonesia ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Iklan

Jabatan Imigresen Johor kini giat memburu pegawainya yang dipercayai mendalangi kegiatan tersebut.

Hamzah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Larut ditemui dalam Majlis Ramah Mesra calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor di sini.