'Dua pusat mengundi di Lembah Pantai perlu diberi perhatian'

Iklan
Fahmi (tiga dari kanan) menunjukkan bukti bergambar keadaan padang bola sepak di PPR Kerinci yang kurang sesuai untuk dijadikan pusat mengundi menggunakan khemah marquee.

KUALA LUMPUR - Dua pusat mengundi di Lembah Pantai perlu diberi perhatian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak mendatangkan masalah menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

Calon Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, dua pusat mengundi berkenaan adalah di padang bola, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi dan padang bola, Kampung Pasir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu pusat mengundi di Kampung Pasir terletak berhampiran kawasan punca berlaku banjir di situ.

"Terdapat 10 saluran mengundi di PPR Kerinchi manakala lima saluran mengundi di Kampung Pasir dengan keseluruhan lebih 10,000 pengundi di kawasan terbabit.

Iklan

"Keduanya, kedudukan khemah ini juga akan merosakkan padang dan apakah SPR akan bertanggungjawab untuk membaik pulihnya semula padang berkenaan selepas semuanya selesai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, agak mustahil untuk mengubah pusat mengundi di saat akhir namun beliau mencadangkan supaya pihak berkuasa dapat mengadakan kawalan ketat di dua pusat mengundi terbabit menjelang hari pengundian.

Iklan

"Kita tidak mahu perkara buruk berlaku, kerana lokasi pusat mengundi yang agak terbuka berbanding jika diadakan di dewan komuniti berhampiran yang lebih selamat serta tertutup,” jelasnya.

Tambahnya lagi, lokasi mengundi itu juga bakal mendatangkan kesulitan kepada pengundi berkerusi roda atau yang uzur kerana jika hujan padang menjadi becak.

"Apapun saya mintak SPR bersedia tentang kemungkinan yang bakal berlaku selain kawalan ketat dari petugas dan pihak berkuasa diperlukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku memandangkan kiraan kertas undi juga akan dibuat di situ,” ujarnya.

Sementara itu, Fahmi turut meminta SPR mengambil tindakan ke atas jentera BN yang didakwa membuka bilik gerakan kurang 50 meter dari pusat mengundi.

"Ada tiga khemah atau bilik gerakan milik BN yang jaraknya kurang 50 meter dari pusat mengundi.

"Ini melanggar peraturan dan laporan sudah dibuat kepada SPR, kita mahu semua pati bertanding mematuhi undang-undang SPR," tegas beliau.