BESUT - Gara-gara menunggang motosikal secara berbahaya termasuk melakukan aksi 'wheelie' atau congek, tiga remaja masing-masing dipenjara tiga bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Besut di sini, pagi ini.
Majistret Raja Norshuzianna Raja Mamat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Muhammadm Aiman Mohamad, 19, Muhammad Alif Hakimi Kafli, 19 dan Ahmad Zaim Zikri Ahmadd Zaki, 20 membuat pengakuan bersalah.