Pembeli Asia beli berlian merah jambu lebih RM134 juta

Iklan
Berlian merah jambu dibeli pada harga RM134.69 juta oleh seorang pembeli dari Asia pada satu lelongan di Geneva pada Selasa. - Foto AFP

GENEVA - Sebutir berlian Fortune Pink iaitu batu permata gergasi yang sangat jarang ditemui dijual dengan harga lebih daripada AS$28.5 juta (RM134.69 juta) pada lelongan di Geneva pada Selasa kepada pelanggan persendirian dari Asia.

Permata seberat 18.18 karat itu adalah berlian berwarna merah jambu terang berbentuk pir terbesar yang pernah dilelong, kata Firma Lelongan Christie.

Iklan
Iklan

Majlis lelongan yang berlangsung selama empat minit itu bermula pada 17 juta franc Swiss (RM81.49 juta) dan ia merupakan pembidaan melibatkan tiga pihak yang dibuat menerusi telefon sebelum dimenangi oleh pembida dari Asia itu.

"Pembeli gembira. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan," kata seorang pekerja Christie yang mengambil bidaan telefon yang menang memberitahu AFP sambil mengekalkan kerahsiaan identiti pembeli.

Iklan

Fortune Pink sebelum ini ditemui di Brazil.

Menurut Rumah Lelongan Christie, berlian seberat 18.18 itu dianggap mewakili nombor bertuah di Asia dan petanda tentang kemakmuran.

Iklan

"Sangat tepat ia dibeli oleh pelanggan persendirian Asia," kata Rahul Kadakia iaitu Ketua Barang Kemas Antarabangsa Christie kepada pemberita selepas menjalankan lelongan itu.

Pembeli adalah kumpulan pelanggan yang sangat terpilih, tambahnya. - Agensi