JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru pada Rabu.
Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.